Friday 15 March 2013

Kertas Konsep Ko Akademik Bahasa Melayu SR 2013

SPK 8/2012 Garis Panduan Kewangan

SPK 8/2012 : Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid (Tindakan Sekolah / PPD / JPN)

Dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan SPK 8/2012 bagi menggantikan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2010 dan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2012. SPK 8/2012 ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Perhatian segera setiap sekolah ditarik kepada peraturan Bab F: Baki Bawa Ke Hadapan yang menyatakan “Semua baki peruntukan bantuan persekolahan tahun semasa termasuklah Bantuan Geran Per Kapita dan Bantuan Makanan Asrama (sekiranya ada) hendaklah dibawa ke tahun hadapan. Baki bawa ke tahun hadapan akan diambil kira sebagai sebahagian daripada peruntukan bantuan tahun tersebut.” Semua pihak yang terlibat diminta memahami dan mematuhi sepenuhnya garis panduan mengurus kewangan sembilan (9) jenis bantuan persekolahan sekolah yang dinyatakan. Terima Kasih.

(Sila klik disini untuk muat turun dokumen)